Hamba Ilahi atas muka bumi
Punya banyak kelemahan, kedhaifan itu ku akui
Namun ingin lontarkan suara hati ini
Aku bukan kamu
Aku bukan dia
Aku bukan mereka
Jadi
Tolong jangan
Jadikan aku ini kamu
Jadikan aku ini dia
Jadikan aku ini mereka
Aku tetap aku
Walau kamu tidak terima
Aku masih aku
Ada makna aku dicipta begini
Ada hikmah aku ini begini
Ada matlamat aku begini
Untuk itu terimalah aku seadanya
Atau biarkan aku sahaja
Aku bukan milik kamu
Aku milik Tuhanku
Ada sebab aku diciptakan begini
Tolong fahami
![]() |
[Sumber: http://www.iammecrew.com/] |